Apa Itu Hartanah Airbnb
➖➖➖➖➖➖➖

• Nama “Airbnb” berasal daripada perkataan bahasa English iaitu “Air bed and breakfast”. Nama tersebut ditukar kepada satu nama yang lebih catchy dan lebih mudah disebut serta diingati.

• Hartanah Airbnb merujuk kepada hartanah yang disewakan melalui platform laman web Airbnb.

• Airbnb merupakan sebuah platform perantara yang membolehkan individu menyewakan rumah, bilik, atau hartanah lain kepada pelancong untuk tempoh masa yang pendek.

• Airbnb adalah satu portal yang menghubungkan antara individu yang mencari tempat penginapan dengan individu yang mempunyai tempat penginapan atau ruang tambahan untuk disewakan.

• Sebagai individu yang memerlukan tempat untuk menginap, anda boleh menggunakan laman web Airbnb untuk menempah tempat penginapan seperti rumah jenis apartment, suites, bilik hotel, hostel atau villa.

• Ini juga memberi peluang kepada pemilik hartanah untuk menjana pendapatan dengan memberikan penginapan yang unik dan berbeza kepada pelancong untuk bermalam.

 

6 Ciri-Ciri Hartanah Airbnb
➖➖➖➖➖➖➖

1. Tempoh Sewa Pendek:
• Tempoh sewa biasanya adalah untuk beberapa hari atau minggu sahaja. Tidak seperti sewaan jangka masa yang panjang.

2. Pilihan Pelbagai Jenis Penginapan:
• Pemilik hartanah boleh menawarkan penuh, bilik perseorangan, atau penginapan yang unik seperti chalet atau rumah pokok.

3. Testimoni & Pengalaman Pengguna:
• Pengguna Airbnb boleh memberikan testimoni atau ‘review’ tentang hartanah yang mereka sewa, memberikan pandangan kepada bakal penyewa mengenai pengalaman mereka menginap.

4. Bayaran & Tempahan Online:
• Transaksi melibatkan pembayaran dan tempahan secara Online atas talian melalui platform Airbnb.

5. Pilihan Tempat di Pelbagai Lokasi:
• Airbnb mempunyai pelbagai tawaran di pelbagai lokasi di seluruh dunia, dari bandar metropolitan hingga destinasi percutian.

6. Fleksibiliti Harga:
• Pemilik hartanah boleh menetapkan harga sewa sendiri berdasarkan faktor-faktor seperti lokasi, kemudahan, harga pasaran dan permintaan.

Pemilik hartanah berkonsepkan Airbnb perlu mematuhi peraturan tempatan yang berkaitan dengan penyewaan pendek seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan menguruskan hartanah dengan baik bagi memastikan penginapan yang selesa kepada pengguna.

 

BAGAIMANA MELABUR HARTANAH BERKONSEP AIRBNB

10 Faktor Memilih Hartanah Airbnb
➖➖➖➖➖➖➖➖

Berikut adalah beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih lokasi hartanah terbaik untuk Airbnb:

1. Permintaan Pasaran:
• Selidiki permintaan penyewa di kawasan tersebut. Pilih lokasi dengan permintaan yang tinggi untuk menyewa hartanah secara pendek masa.

2. Berdekatan Tarikan Pelancongan & Tapak Perniagaan:
• Pilih lokasi yang berdekatan dengan tarikan pelancongan atau perniagaan yang popular. Tempat-tempat seperti pusat bandar, tarikan pelancongan, atau pusat perniagaan boleh menjadi pilihan terbaik.

3. Kajian Pasaran Airbnb:
• Gunakan platform Airbnb atau sebarang kajian pasaran untuk memahami sejauh mana hartanah di kawasan tersebut berjaya dan popular di platform Airbnb.

4. Kawasan Kejiranan:
• Tinjau kejiranan sekitar. Pastikan kawasan itu selamat, bersih, dan mempunyai kemudahan asas seperti kedai, restoran, dan pengangkutan awam.

5. Patuhi Undang-Undang & Peraturan:
• Fahami undang-undang tempatan dan peraturan berkaitan dengan penyewaan jangan masa yang pendek. Pastikan anda mematuhi semua peraturan yang terpakai dalam menguruskan hartanah anda.

6. Kemudahan Akses:
• Pertimbangkan kemudahan akses hartanah seperti ke pusat bandar, lapangan terbang, pengangkutan awam, lebuhraya dan tempat-tempat pelancongan yang mungkin menjadi satu kelebihan bagi pelancong dan pengguna.

7. Trend Market:
• Selidiki Trend Market hartanah di kawasan tersebut. Adakah terdapat pertumbuhan nilai hartanah atau peningkatan permintaan untuk penyewaan masa pendek?

8. Analisis Musim:
• Fahami bagaimana sesuatu musim boleh mempengaruhi permintaan. Sesetengah lokasi mungkin lebih popular pada musim tertentu, seperti destinasi pantai pada musim panas.

9. Pesaing di Kawasan:
• Tinjau pesaing di kawasan tersebut. Adakah terdapat banyak hartanah Airbnb lain? Bagaimana keunikan hartanah anda berbanding yang lain?

10. Kajian Bajet Kewangan:
• Hitung kira-kira kewangan dengan teliti. Pastikan harga hartanah, kos penyelenggaraan, dan hasil sewa dapat memberikan pulangan pelaburan yang baik.

Setiap lokasi mempunyai ciri-ciri keunikan tersendiri dan pemilihan lokasi yang bijak dapat meningkatkan peluang kejayaan hartanah Airbnb.

Semoga bermanfaat.

————————–

NAK MELABUR @ MILIKI HARTANAH BERKONSEP HOMESTAY / HOTEL @ AIRBNB YANG PERTAMA DI KUALA TERENGGANU

PEMANDANGAN LAUT CHINA SELATAN TERBENTANG LUAS

KEUNTUNGAN BAGI PEMILIK HARTANAH MENCECAH SEHINGGA RM6K – RM8K SEBULAN ‼️

Airbnb Suites Development, Kuala Terengganu

Anda tiada masa untuk urus unit hartanah sewa❓

Anda tidak tahu bagaimana mencari penyewa❓

USAH RISAU ‼️

Kami mempunyai pasukan yang boleh membantu.